Friday, November 16, 2012

I'll Come Back

Friday, November 16, 2012 2

Salam semua...
Rindunya kat blog ni...
Lama giler tinggalkan blog ni.. tapi saya still ada cuma xsempat nk review dan coret dalam blog ni..
Tapi saya kuatkan azam dan tekad (hehehe) untuk kembali review novel2 yang besh di pasaran...
Sekarang ni macam2 novel baru kuar dan besh2 sume... nanti saya update yer...
bye....

Wednesday, January 13, 2010

Dame Zoete Sarah

Wednesday, January 13, 2010 0

Penulis: Khairyn Othman
Penerbit: JS Publishing

Mengisahkan Sarah Adam wartawan yang terperangkap dalam permainan manusia yang tamak.. Sarah yang manis tetapi beku.. mempunyai semangat juang yang tinggi. Tidak pernah gentar walaupun nyawa dihujung tanduk. Walaupun ditekan Sarah bijak mencari rangkaian bagi meloloskan diri serta mencari bukti agar maruah diri berjaya dipulihkan.Pelarian sehingga ke Belanda membuahkan hasil walaupun dia hampir-hampir tewas.
Kedatangan Salim, polis yang mengatakan dia seorang yang beku berjaya menyelamatkan dan membantu dia menyelesaikan jenayah antarabangsa. Dalam masa yang sama kekentalan dan keberaniannya menyebabkan Salim akhirnya jatuh cinta pada wajah yang beku itu.

Komen aku:
Cerita triller yang mengujakan.. tidak rugi rasanya membelinya. Satu persatu masalah yang berkait dapat dirungkai.Walaupun ada persoalan yang tidak terjawab. Tapi mungkin apabila aku membaca kali kedua jawapan itu pasti kutemui. Banyak pengajarannya sesuai dengan isu sekarang dimana ramai wanita yang terperangkap dengan sindiket dadah antarabangsa.Cuma kesilapan Sarah adalah dia terlalu berani untuk merungkai permasalahan itu sendirian. Tetapi itulah kekuatan cerita ini. Tahniah Khairyn Othman atas buku yang menarik

Thursday, September 3, 2009

Hambatan Waktu

Thursday, September 3, 2009 0
Lamanya saya tidak menulis di blog ni.. maaf kepada para pengunjung.. hambatan waktu dan kerja yang bertimpa-timpa menyebabkan blog ni agak sepi... bukannya saya tidak membaca.. hari-hari saya membaca tetapi saya tidak berkesempatan untuk berblog..
Apa-apapun terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya dan selamat menjalani ibadat puasa...

Thursday, July 23, 2009

Bidadari Cinta

Thursday, July 23, 2009 2
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Penerbit: S.A Production SB

Kisah Cinta Pandang Pertama antara Aju dan Ray yang membawa mereka ke dunia percintaan. Aju, anak orang kaya yang mengamalkan gaya hidup sederhana berjaya menyembunyikan identitinya. Ray, seorang yang misteri tetapi mempunyai ramai peminat di kalangan rakan-rakan sekuliahnya.
Percintaan mereka terus menjadi rahsia, demi menjaga perasaan orang disekeliling..

Kehadiran Waheeda, seorang yang misteri hampir berjaya memisahkan Ray dan Aju.. tetapi sudah tertulis takdirnya bahawa mereka tetap disatukan walaupun pelbagai dugaan yang mereka tempuh...

Komen Aku:
Bahasa yang digunakan sangat indah dan sangat puitis.. Penulis berjaya membuatkan perasaan saya terbuai-buai dengan gaya penulisan yang sangat halus.

penceritaan dalam bentuk diari membawa kita menyelusuri hati Ray dan Aju. Walaubagaimanapun, penulis tetap konsisten dan pembaca tidak akan keliru dengan gaya penulisan sebegini.. Novel ini membawa kita menyelami erti persahabatan dan kasih sayang.. Sahabat tidak semestinya orang yang paling dipercayai.. selagi ia bernama manusia, selagi itu ia tidak dapat lari dari berbuat kesilapan. Saya menyukai watak Ray, seorang anak yang baik, cuma yang saya geram egonya itu..

Saya juga watak Nana, sorang yang kepoh tetapi seorang sahabat yang baik.. Tiada siapa yang menyukai watak Waheeda.. tetapi itulah hakikat kehidupan, sememangnya orang seperti Waheeda itu wujud dan disebabkan kejutan budaya ia akan mengalami proses transformasi yang drastik. Waheeda terperangkap antara mencari kepuasan diri sehingga menggadaikan nilai persahabatan yang telah dibina bertahun lamanya. Novel ini adalah pengubat rindu saya kepada karya Samsiah Mohd Nor.

Jawapan yang Pasti

Penulis: Eka Fahara
Penerbit: Alaf21



Mengisahkan percintaan diantara Kyra dengan Ariff. Ariff merupakan seorang artis terkenal.. Sepanjang percintaan mereka pelbagai dugaan yang menimpa tetapi berita Ariff ditangkap khalwat adalah berita yang paling membuatkan hati Kyra remuk. Dalam pada yang sama, Ezril muncul dalam hidup Kyra dan menaruh harapan yang sangat tinggi dalam hubungan mereka sedangkan dalam hati Kyra telah terpahat kukuh nama Ariff.

Kyra menjeruk hati, lalu memutuskan hubungan dengan Ariff. Ini membuatkan hidup Ariff kelam. Akhirnya Ariff berasa hubungan itu harus disimpul dengan ikatan perkahwinan. Sebelum majlis pertunangan berlangsung, berita bahawa P.Long Kyra adalah bapanya dan dia merupakan anak angkat mamanya bagai batu yang menghempap dirinya. Kyra membawa diri ke Kota Singa bagi mencari ibunya Fahiza, seorang ahli perniagaan yang terkenal. Sebelum berlepas, Ariff dan Kyra hendaklah berkahwin sebagai syarat yang perlu dipenuhi.

Di Singapura, Kyra telah bekerja dengan keluarga ibunya sebagai Pembantu peribadi kepada adik tirinya. Ini bertujuan untuk dia berdampingan dengan ibunya tanpa ibunya sedari. Keadaan bertambah rumit dengan kehadiran Putra, kawan baiknya sewaktu di universiti yang juga merupakan anak tiri ibunya. Putra terus-terusan meluahkan perasaan sehingga Kyra berasa lelah dan tidak mampu bertahan dengan dugaan itu. Tetapi segala2nya berakhir apabila masing2 mengetahui kedudukannya yang sebenar.

Komen Aku:
Jalan cerita yang menarik.. pasti penulis peminati Aaron Aziz.. Suka watak Kyra dalam lembut ada tegas, dalam tegas ada keras.. dalam keras ada lemah... suma bercampur gaul menjadi satu.. Geram dengan Ariff, watak tipikal artis Malaysia.. Penulis berjaya membuat kejutan demi kejutan yang mengujakan.. pertamanya.. apabila sebenarnya Kyra anak angkat dan keduanya, Putra merupakan abang tirinya..
Tapi sebenarnya dalam buku ini, saya lebih meminati watak Ezril, watak doktor dan seorang yang penyayang... bukan jodoh mereka... tapi JAWAPAN YANG PASTI.... Kyra adalah milik Ariff....


Monday, July 20, 2009

Ungu Karmila

Monday, July 20, 2009 0
Penulis: Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit: Alaf 21


Novel dari genre triller ini mengisahkan kehidupan bahagia Ariff dan Karmila berakhir dengan tragedi ngeri kematian merekadan pembantu rumah mereka Bu Jainab di Villa Sepi. Kematian yang tiada penyelesaiannya. Kematian yang tiada pembelaan.Setelah 10 tahun berlalu.. korban pertama berlaku apabila Jikon, pemuda orang asli memecah masuk villa ini untuk mengambil harta karun yang dikatakan banyak di dalam villa ini..


Kematian Jikon mendorong adiknya Ema untuk meneroka Villa Sepi.. Di masa yang sama, Arafat, abang kepada Ariff telah mengupah sekumpulan penyiasat untuk menyiasat dan 'membersihkan' rumah itu..


Pelbagai peristiwa yang mereka alami.. seorang demi seorang mati di Villa Sepi.. mereka dikejar oleh 'puaka' yang telah 'bangun' lalu menyerang mereka yang berbuat dosa. Misteri itu terjawab apabila Dr Ismadi, seorang penyelidik telah membuat kajian bahawa semuanya berpunca daripada bunga ros yang telah dikacukkan dengan bunga hutan lalu dinamakan 'UNGU KARMILA'. Proses pendebungaannya telah menyerang manusia, dan merosakkan sistem otak manusia menyebabkan mereka akan berada di dunia khayalan..


Komen Aku:


Aku memang kagum dengan RAM ni, daya imaginasinya memang tinggi.. beliau berani bermain dengan emosi pembaca.. Sebenarnya buku ni dah lama berada dalam simpanan koleksi aku.. tetapi disebabkan sewaktu itu aku mengandung.. akak aku xbagi baca sebab dia kata.. kita akan berasa seolah2 'puaka' itu semakin dekat dengan kita... huh serammmm dengar.. Bagi aku, RAM memang sangat sabar untuk menghidupkan cerita ini.. penceritaannya sangat detail dan aku berasa seolah-olah aku berada di rumah puaka itu.. Cuma pada bab-bab terakhir.. ceritanya agak mengelirukan dan sekiranya tidak diteliti kita tidak akan faham jalan ceritanya..

Sunday, July 19, 2009

Ilham Hati

Sunday, July 19, 2009 2
Penulis: Damya Hanna
Penerbit: Alaf 21


Rian yang ditimpa kemalangan telah disahkan hilang ingatan apabila berlaku kecederaan pada otaknya. Apabila sedar daripada koma, dia menjadi bingung apabila diberitahu bahawa dia telah bersuami.. semua yang dialami dalam masa 4 tahun kebelakang ini langsung tidak dapat diingati..

Dalam tempoh itu, dia jatuh cinta kepada suaminya Hanif tanpa menyedari bahawa Hanif hanya ingin membalas dendam kepadanya atas sikapnya satu waktu dahulu hingga Hanif berasa dia terperangkap dan membawa mereka ke jinjang pelamin. Rian telah mengambil kesempatan terhadap Hanif bagi mengetahui wasiat yang ditinggalkan oleh datuknya.

Misi Hanif untuk membalas dendam gagal apabila dia jatuh cinta kepada Rian. Penemuan jurnal milik Rian telah mengembalikan ingatan Rian dan dia berasa tertekan dan malu atas sikapnya kepada orang disekelilingnya. Dia berasa dia tidak layak untuk hidup disamping Hanif. Akhirnya dia mengakui bahawa dia sebenarnya memerlukan Hanif.

Komen Aku:

Sebenarnya dah lama tunggu buah tangan terbaru Damya Hanna ni.. aku tau novel2nya mampu meruntun perasaaan. Pertama kali baca aku terjatuh cinta terhadap Hanif.. siap membayangkan orangnya pasti soft spoken, caring, loving.. hehehehe... Walaupun dia ada misi yang jahat nak balas dendam kat Rian, tapi kenapa aku rasa xkesahpun.. hehehehe. sebab sesekali Rian wajar diajar.. hahaha... tapi kesian gak kat Rian, sebab diakan dah xingat pape... Pastu geram gak sebab bila dia dah ingat ngengada plak xmo terima Hanif.. hahaha.. emosi plak aku... Dalam bab lain aku xlah rasa sedih sangat.. tapi bab Rian sedih bila Parent dia melebihkan Huda, adiknya sehingga ibunya terus terang membezakan mereka.. aku rasa sedih sangat.. maybe sebab tetiba rasa watak Rian cam dekat sangat ngan aku... ehmmm... So far, aku suka ngan novel ni.... :) Semoga Damya terus menghasilkan novel yang lebih berkualiti...


 
◄Design by Pocket