Saturday, June 27, 2009

Sungguh Aku Cinta

Saturday, June 27, 2009 0
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf 21

Kisah mengenai Maira, janda muda yang diceraikan suami kerana mengejar perempuan lain. Perkahwinan yang dibina sewaktu usia terlalu muda di luar negara berderai apabila Azhan menyulam cinta bersama Sofea. Bagi mengubati kelukaan hati, Maira menyibukkan diri dengan menyertai aktiviti lasak, di situ dia sering terjumpa Fajar, lelaki yang menarik perhatiannya tetapi dia enggan memberi dan menerima cinta lantaran tidak mahu kecewa lagi..setelah beberapa pertemuan mereka mula bersahabat.. Fajar yang sememangnya tertarik dengan Maira mengatur pelbagai strategi bagi menembusi tembok hati Maira yang keras.. Tetapi setelah hati bertaut dan menyulam bahagia.. badai mula melanda hubungan mereka.. Ibu Fajar yg pada mulanya menyenangi Maira mula membenci dan tidak merestui hubungan mereka hanya kerana Maira memegang title 'J' dan anaknya itu bujang.. pelbagai usaha dilakukan untuk memisahkan mereka berdua.. tetapi kasih yang dibina terus utuh dan semakin erat..Allah memang telah menetapkan jodoh Maira memang untuk Fajar..Akhirnya mereka disatukan setelah iu Fajar menyedari kesucian cinta mereka..


Komen Aku:

Cikgu Anis ni memang best.. novel2nya memang xpernah mengecewakan.. Walaupun paling aku suka Novel Bayangan Rindu.. tapi novel ni juga ada kelainannya yang tersendiri.. Aku memang mengikuti Novel2 tulisan beliau dari Suara Hati hingga ke Seribu Kali Sayang.. Apa yang aku suka.. setiap watak yang ditonjolkan heroinnya mesti xkeperempuanan sangat means xdelah dok ayu2.. lemah lembut.. dalam keras ada kelembutan.. itu yg paling aku suka.. hope Cikgu Anis lebih berjaya di masa akan datang dan menghasilkan novel yg lebih besh..

Thursday, June 25, 2009

Matahariku

Thursday, June 25, 2009 0
Penulis: Aina Emir
Penerbit : KarnaDya

Cerita ni mengisahkan kehidupan Syakirah yang penuh liku dan dugaan.. Ayahnya berkahwin tiga dan dia disisihkan oleh ibu dan kakak lantaran dia dilahirkan perempuan..Syakirah mempunyai self esteem yg sangat rendah, menyebabkan dia xramai kawan.. Satu habitnya yg sukar dikikis ialah dia suka berangan2 serta meminati 'anime' kartun2 korea dan jepun.. selain tu hobinya ialah mengurat di Internet sehingga lelaki2 itu jatuh cinta.. tetapi dia tidak akan berjumpa dengan mereka..
Perkenalan dengan Eyyad, 'lelaki rojak'menerbitkan satu perasaan lain di hati masing2.. tetapi Syakirah cuba untuk menidakkannya kerana Eyyad tu dah kawin. Syakirah ni memang hidup dengan penuh masalah... lepas satu satu yg berlaku dlm hidupnya... Masalah bertambah rumit apabila ibu bapanya bercerai, dan bapanya ingin menjual rumah yg menjadi tempat mereka sekeluarga berlindung. Dalam kekalutan begitu, ibunya mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan mengahwinkan Syakirah dengan Khair anak kawannya tetapi Syakirah tidak suka sebab Khair bukanlah lelaki idamannya. Ibunya Syakirah ni materialistik.. sebab xde rumah dan terdesak sanggup kawin ngan orang kaya yg baru dia kenal.. Syakirah xmo ikut tinggal di rumah bapa tirinya tapi dia xtau nak tinggal kat ner.. Dia cerita dengan Eyyad tentang masalahnya dan Eyyad suruh duduk rumah dia.. sbb rumah tu xde siapa duduk.. so settle satu masalah. Tp Syakirah rasa cam bersalah dan takut orang tau.. lama2 orang tau gak.. Adik dan kakak tirinya mengintip dia dan beritahu pada ayah dia. Abis si Syakirah ni kena marah..
Bila perkara ni dah bocor ayah Syakirah bersemuka dengan Eyyad dan Eyyad bersetuju untuk mengahwini Syakirah.. Syakirah taknak sebab dia dah janji nak kawin ngan Khair tp dia dah xde alasan lain.. Diorang nikah kat Thailand..
Walaupun mereka dah kawin, Syakirah masih xpasti tentang hatinya tetapi lama kelamaan dia boleh terima Eyyad. Dugaan memang xpernah surut dalam hidup Syakirah.. tapi dengan kehadiran Eyyad, Syakirah mampu menghadapinya..


Komen Aku:

Aina Emir memang pandai membuai perasaan.. dengan bahasa yang puitis cerita ini menjadi sangat romantik walaupun watak2nya tidak seromantik mana... Thanks Azie (Marhami) kerana suggest buku ni.. sbb ceritanya memang besh... Suka watak Eyyad.. sbb dia memang baikkk sangat.. Ada ke lelaki yang baik seperti tu skrg ni... kalau ada cepat2 rebut.. hehehehehehe... Untuk lebih feel kena baca sendiri maklumlah aku ni memang xpandai mengulas... tp belajar mengulas...hik3

Sunday, June 21, 2009

Tiada yang Kedua

Sunday, June 21, 2009 0
Penulis : Sarnia Yasmin a.k.a Sarnia Yahya
Penerbit : Alaf 21

Sebenarnya banyak dah buku yang aku baca.. tp buku ni adalah buku terbaru yang aku baca.. aku rasa ramai yang dah baca buku ni cuma aku je yg terlambat nak beli.. tp nak jugak citer sbb ni mini library aku.. hehehehehe (gilak kose jap!!) Seperti biasa.. buku ni berjaya aku habiskan kurang dr tempoh 24jam.. Ceritanyamengenai kehidupan Shira selepas berkawin dgn Imran, lelaki yang telah dijodohkan dengannya atas pilihan mak ayahnya...Seperti biasalah.. Lelaki ni memang ego sket.. dia dah ada girlfren, Aniza dan xmo putuskan hubungan diorang.. So, pada malam pertama mereka, ?Imran telah membuat satu perjanjian yang agak sengal.. kahwin on paper saje.. pastu cukup 2tahun cerai... Cis!! sakit ati jekan aku baca.. dari baring.. terus duduk..Shira ni bukannya xlawa... Kalau ikut imaginasi aku ni kira cantik dan ayu gitu... tp ntah apalah si Imran tu pandang... tp masuk 5 bulan akhirnya Imran bukak sket pintu hatinya tuk Shira... Shira cam biasalahkan ati wanita cepat gak cairnya.. maklumlah suami... Sejak tu diorangpun melayari alam rumahtangga dalam erti kata sebenar.... Si Aniza, girlfren Imran tu sibuk ganggu gugat hubungan dia yg baru nak mula tu dan ugut Shira macam2 tuk putuskan hubungan dan ikut perjanjian 'sengal' yang diorang buat... Siap lari masa malam anniversary... tp akhirnya setelah mengharungi pelbagai dugaan mereka hidup bahagia..


Komen aku:

Ni novel ke-3 Sarnia Yahya.. seperti biasa ia xmengecewakan... buah tangannya adalah cerita yang realistik.. kisah kehidupan kita sehari2.. tetapi dengan susunan ayat dan penceritaan yang menarik menyebabkan cerita ni xmembosankan.. kalau bosan sah2 dua tiga hari baru abis.. satu permulaan yang baik untuk k.sarnia.. moga terus maju dan ligat menulis.. ..

Wednesday, June 17, 2009

Chinta

Wednesday, June 17, 2009 2
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara

Kisah mengenai Raja Akid yang mempunyai segalanya.. harta, paras rupa, kejayaan tetapi dia merasakan dirinya kekurangan kasih sayang...Dia merasakan kehidupannya dikhianati ibunya sendiri menyebabkan dia xpercaya pada cinta.
Mengenali Chinta gadis kampung yang hidup dalam suasana yang penuh kasih sayang menyedarkan dia bahawa cinta Chinta harus dimiliki.
Setelah menyedari hakikat itu dia berusaha mengejar cinta Chinta..Pastinya.. kisah percintaan pipit dan enggang akan tetap mendapat tentangan sama ada dalam novel atau realitinya...
Pada masa yang sama Chinta telah mempunyai seorang kekasih Saiful tetapi telah berlaku curang kepadanya..
Kesungguhan Raja Akid akhirnya menewaskan keutuhan hati Chinta yang beku,
Akhirnya Chinta akur pada ketentuanNya bahawa Raja Akid tercipta untuknya..

Komen Aku:

Suka sangat cite ni sbb kisah yang biasa tetapi diolah menjadi satu cerita yang tidak menjemukan dan of course NB seperti biasa berjaya membuai2 hati saya... tetiba termasuk plak dalam itu gambar hehehehehe... korangpun kalau baca dengan penuh kecintaan mesti camtu gak... (cuma malu je nak ngaku) :p Kali ini NB membawa saya melancong ke Indonesia bersama Akid dan Chinta... Apa yang saya suka mengenai novel2 NB ini ialah.. NB seringkali mengajar nilai2 positif dalam setiap novelnya. Selain itu NB juga berjaya membawa kita sama2 mengembara ke tempat2 menarik dalam setiap novelnya...
Selamat Membaca.....

Tuesday, June 16, 2009

Blog Baru

Tuesday, June 16, 2009 2
Blog ini dicipta untuk aku dan korang yg suka tuk review buku2 dipasaran sblm membeli... sama ada buku baru atau lama..
Bagi aku blog ni mudah tuk aku review novel2 yang aku dah baca tapi xingat.. dan juga kawan2 yang selalu mintak pandangan aku sblm membeli buku ini..
So selamat membaca.....

 
◄Design by Pocket