Saturday, June 27, 2009

Sungguh Aku Cinta

Saturday, June 27, 2009
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf 21

Kisah mengenai Maira, janda muda yang diceraikan suami kerana mengejar perempuan lain. Perkahwinan yang dibina sewaktu usia terlalu muda di luar negara berderai apabila Azhan menyulam cinta bersama Sofea. Bagi mengubati kelukaan hati, Maira menyibukkan diri dengan menyertai aktiviti lasak, di situ dia sering terjumpa Fajar, lelaki yang menarik perhatiannya tetapi dia enggan memberi dan menerima cinta lantaran tidak mahu kecewa lagi..setelah beberapa pertemuan mereka mula bersahabat.. Fajar yang sememangnya tertarik dengan Maira mengatur pelbagai strategi bagi menembusi tembok hati Maira yang keras.. Tetapi setelah hati bertaut dan menyulam bahagia.. badai mula melanda hubungan mereka.. Ibu Fajar yg pada mulanya menyenangi Maira mula membenci dan tidak merestui hubungan mereka hanya kerana Maira memegang title 'J' dan anaknya itu bujang.. pelbagai usaha dilakukan untuk memisahkan mereka berdua.. tetapi kasih yang dibina terus utuh dan semakin erat..Allah memang telah menetapkan jodoh Maira memang untuk Fajar..Akhirnya mereka disatukan setelah iu Fajar menyedari kesucian cinta mereka..


Komen Aku:

Cikgu Anis ni memang best.. novel2nya memang xpernah mengecewakan.. Walaupun paling aku suka Novel Bayangan Rindu.. tapi novel ni juga ada kelainannya yang tersendiri.. Aku memang mengikuti Novel2 tulisan beliau dari Suara Hati hingga ke Seribu Kali Sayang.. Apa yang aku suka.. setiap watak yang ditonjolkan heroinnya mesti xkeperempuanan sangat means xdelah dok ayu2.. lemah lembut.. dalam keras ada kelembutan.. itu yg paling aku suka.. hope Cikgu Anis lebih berjaya di masa akan datang dan menghasilkan novel yg lebih besh..

0 comments:

 
◄Design by Pocket