Thursday, June 25, 2009

Matahariku

Thursday, June 25, 2009
Penulis: Aina Emir
Penerbit : KarnaDya

Cerita ni mengisahkan kehidupan Syakirah yang penuh liku dan dugaan.. Ayahnya berkahwin tiga dan dia disisihkan oleh ibu dan kakak lantaran dia dilahirkan perempuan..Syakirah mempunyai self esteem yg sangat rendah, menyebabkan dia xramai kawan.. Satu habitnya yg sukar dikikis ialah dia suka berangan2 serta meminati 'anime' kartun2 korea dan jepun.. selain tu hobinya ialah mengurat di Internet sehingga lelaki2 itu jatuh cinta.. tetapi dia tidak akan berjumpa dengan mereka..
Perkenalan dengan Eyyad, 'lelaki rojak'menerbitkan satu perasaan lain di hati masing2.. tetapi Syakirah cuba untuk menidakkannya kerana Eyyad tu dah kawin. Syakirah ni memang hidup dengan penuh masalah... lepas satu satu yg berlaku dlm hidupnya... Masalah bertambah rumit apabila ibu bapanya bercerai, dan bapanya ingin menjual rumah yg menjadi tempat mereka sekeluarga berlindung. Dalam kekalutan begitu, ibunya mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan mengahwinkan Syakirah dengan Khair anak kawannya tetapi Syakirah tidak suka sebab Khair bukanlah lelaki idamannya. Ibunya Syakirah ni materialistik.. sebab xde rumah dan terdesak sanggup kawin ngan orang kaya yg baru dia kenal.. Syakirah xmo ikut tinggal di rumah bapa tirinya tapi dia xtau nak tinggal kat ner.. Dia cerita dengan Eyyad tentang masalahnya dan Eyyad suruh duduk rumah dia.. sbb rumah tu xde siapa duduk.. so settle satu masalah. Tp Syakirah rasa cam bersalah dan takut orang tau.. lama2 orang tau gak.. Adik dan kakak tirinya mengintip dia dan beritahu pada ayah dia. Abis si Syakirah ni kena marah..
Bila perkara ni dah bocor ayah Syakirah bersemuka dengan Eyyad dan Eyyad bersetuju untuk mengahwini Syakirah.. Syakirah taknak sebab dia dah janji nak kawin ngan Khair tp dia dah xde alasan lain.. Diorang nikah kat Thailand..
Walaupun mereka dah kawin, Syakirah masih xpasti tentang hatinya tetapi lama kelamaan dia boleh terima Eyyad. Dugaan memang xpernah surut dalam hidup Syakirah.. tapi dengan kehadiran Eyyad, Syakirah mampu menghadapinya..


Komen Aku:

Aina Emir memang pandai membuai perasaan.. dengan bahasa yang puitis cerita ini menjadi sangat romantik walaupun watak2nya tidak seromantik mana... Thanks Azie (Marhami) kerana suggest buku ni.. sbb ceritanya memang besh... Suka watak Eyyad.. sbb dia memang baikkk sangat.. Ada ke lelaki yang baik seperti tu skrg ni... kalau ada cepat2 rebut.. hehehehehehe... Untuk lebih feel kena baca sendiri maklumlah aku ni memang xpandai mengulas... tp belajar mengulas...hik3

0 comments:

 
◄Design by Pocket