Thursday, July 23, 2009

Bidadari Cinta

Thursday, July 23, 2009 2
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Penerbit: S.A Production SB

Kisah Cinta Pandang Pertama antara Aju dan Ray yang membawa mereka ke dunia percintaan. Aju, anak orang kaya yang mengamalkan gaya hidup sederhana berjaya menyembunyikan identitinya. Ray, seorang yang misteri tetapi mempunyai ramai peminat di kalangan rakan-rakan sekuliahnya.
Percintaan mereka terus menjadi rahsia, demi menjaga perasaan orang disekeliling..

Kehadiran Waheeda, seorang yang misteri hampir berjaya memisahkan Ray dan Aju.. tetapi sudah tertulis takdirnya bahawa mereka tetap disatukan walaupun pelbagai dugaan yang mereka tempuh...

Komen Aku:
Bahasa yang digunakan sangat indah dan sangat puitis.. Penulis berjaya membuatkan perasaan saya terbuai-buai dengan gaya penulisan yang sangat halus.

penceritaan dalam bentuk diari membawa kita menyelusuri hati Ray dan Aju. Walaubagaimanapun, penulis tetap konsisten dan pembaca tidak akan keliru dengan gaya penulisan sebegini.. Novel ini membawa kita menyelami erti persahabatan dan kasih sayang.. Sahabat tidak semestinya orang yang paling dipercayai.. selagi ia bernama manusia, selagi itu ia tidak dapat lari dari berbuat kesilapan. Saya menyukai watak Ray, seorang anak yang baik, cuma yang saya geram egonya itu..

Saya juga watak Nana, sorang yang kepoh tetapi seorang sahabat yang baik.. Tiada siapa yang menyukai watak Waheeda.. tetapi itulah hakikat kehidupan, sememangnya orang seperti Waheeda itu wujud dan disebabkan kejutan budaya ia akan mengalami proses transformasi yang drastik. Waheeda terperangkap antara mencari kepuasan diri sehingga menggadaikan nilai persahabatan yang telah dibina bertahun lamanya. Novel ini adalah pengubat rindu saya kepada karya Samsiah Mohd Nor.

Jawapan yang Pasti

Penulis: Eka Fahara
Penerbit: Alaf21



Mengisahkan percintaan diantara Kyra dengan Ariff. Ariff merupakan seorang artis terkenal.. Sepanjang percintaan mereka pelbagai dugaan yang menimpa tetapi berita Ariff ditangkap khalwat adalah berita yang paling membuatkan hati Kyra remuk. Dalam pada yang sama, Ezril muncul dalam hidup Kyra dan menaruh harapan yang sangat tinggi dalam hubungan mereka sedangkan dalam hati Kyra telah terpahat kukuh nama Ariff.

Kyra menjeruk hati, lalu memutuskan hubungan dengan Ariff. Ini membuatkan hidup Ariff kelam. Akhirnya Ariff berasa hubungan itu harus disimpul dengan ikatan perkahwinan. Sebelum majlis pertunangan berlangsung, berita bahawa P.Long Kyra adalah bapanya dan dia merupakan anak angkat mamanya bagai batu yang menghempap dirinya. Kyra membawa diri ke Kota Singa bagi mencari ibunya Fahiza, seorang ahli perniagaan yang terkenal. Sebelum berlepas, Ariff dan Kyra hendaklah berkahwin sebagai syarat yang perlu dipenuhi.

Di Singapura, Kyra telah bekerja dengan keluarga ibunya sebagai Pembantu peribadi kepada adik tirinya. Ini bertujuan untuk dia berdampingan dengan ibunya tanpa ibunya sedari. Keadaan bertambah rumit dengan kehadiran Putra, kawan baiknya sewaktu di universiti yang juga merupakan anak tiri ibunya. Putra terus-terusan meluahkan perasaan sehingga Kyra berasa lelah dan tidak mampu bertahan dengan dugaan itu. Tetapi segala2nya berakhir apabila masing2 mengetahui kedudukannya yang sebenar.

Komen Aku:
Jalan cerita yang menarik.. pasti penulis peminati Aaron Aziz.. Suka watak Kyra dalam lembut ada tegas, dalam tegas ada keras.. dalam keras ada lemah... suma bercampur gaul menjadi satu.. Geram dengan Ariff, watak tipikal artis Malaysia.. Penulis berjaya membuat kejutan demi kejutan yang mengujakan.. pertamanya.. apabila sebenarnya Kyra anak angkat dan keduanya, Putra merupakan abang tirinya..
Tapi sebenarnya dalam buku ini, saya lebih meminati watak Ezril, watak doktor dan seorang yang penyayang... bukan jodoh mereka... tapi JAWAPAN YANG PASTI.... Kyra adalah milik Ariff....


Monday, July 20, 2009

Ungu Karmila

Monday, July 20, 2009 0
Penulis: Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit: Alaf 21


Novel dari genre triller ini mengisahkan kehidupan bahagia Ariff dan Karmila berakhir dengan tragedi ngeri kematian merekadan pembantu rumah mereka Bu Jainab di Villa Sepi. Kematian yang tiada penyelesaiannya. Kematian yang tiada pembelaan.Setelah 10 tahun berlalu.. korban pertama berlaku apabila Jikon, pemuda orang asli memecah masuk villa ini untuk mengambil harta karun yang dikatakan banyak di dalam villa ini..


Kematian Jikon mendorong adiknya Ema untuk meneroka Villa Sepi.. Di masa yang sama, Arafat, abang kepada Ariff telah mengupah sekumpulan penyiasat untuk menyiasat dan 'membersihkan' rumah itu..


Pelbagai peristiwa yang mereka alami.. seorang demi seorang mati di Villa Sepi.. mereka dikejar oleh 'puaka' yang telah 'bangun' lalu menyerang mereka yang berbuat dosa. Misteri itu terjawab apabila Dr Ismadi, seorang penyelidik telah membuat kajian bahawa semuanya berpunca daripada bunga ros yang telah dikacukkan dengan bunga hutan lalu dinamakan 'UNGU KARMILA'. Proses pendebungaannya telah menyerang manusia, dan merosakkan sistem otak manusia menyebabkan mereka akan berada di dunia khayalan..


Komen Aku:


Aku memang kagum dengan RAM ni, daya imaginasinya memang tinggi.. beliau berani bermain dengan emosi pembaca.. Sebenarnya buku ni dah lama berada dalam simpanan koleksi aku.. tetapi disebabkan sewaktu itu aku mengandung.. akak aku xbagi baca sebab dia kata.. kita akan berasa seolah2 'puaka' itu semakin dekat dengan kita... huh serammmm dengar.. Bagi aku, RAM memang sangat sabar untuk menghidupkan cerita ini.. penceritaannya sangat detail dan aku berasa seolah-olah aku berada di rumah puaka itu.. Cuma pada bab-bab terakhir.. ceritanya agak mengelirukan dan sekiranya tidak diteliti kita tidak akan faham jalan ceritanya..

Sunday, July 19, 2009

Ilham Hati

Sunday, July 19, 2009 2
Penulis: Damya Hanna
Penerbit: Alaf 21


Rian yang ditimpa kemalangan telah disahkan hilang ingatan apabila berlaku kecederaan pada otaknya. Apabila sedar daripada koma, dia menjadi bingung apabila diberitahu bahawa dia telah bersuami.. semua yang dialami dalam masa 4 tahun kebelakang ini langsung tidak dapat diingati..

Dalam tempoh itu, dia jatuh cinta kepada suaminya Hanif tanpa menyedari bahawa Hanif hanya ingin membalas dendam kepadanya atas sikapnya satu waktu dahulu hingga Hanif berasa dia terperangkap dan membawa mereka ke jinjang pelamin. Rian telah mengambil kesempatan terhadap Hanif bagi mengetahui wasiat yang ditinggalkan oleh datuknya.

Misi Hanif untuk membalas dendam gagal apabila dia jatuh cinta kepada Rian. Penemuan jurnal milik Rian telah mengembalikan ingatan Rian dan dia berasa tertekan dan malu atas sikapnya kepada orang disekelilingnya. Dia berasa dia tidak layak untuk hidup disamping Hanif. Akhirnya dia mengakui bahawa dia sebenarnya memerlukan Hanif.

Komen Aku:

Sebenarnya dah lama tunggu buah tangan terbaru Damya Hanna ni.. aku tau novel2nya mampu meruntun perasaaan. Pertama kali baca aku terjatuh cinta terhadap Hanif.. siap membayangkan orangnya pasti soft spoken, caring, loving.. hehehehe... Walaupun dia ada misi yang jahat nak balas dendam kat Rian, tapi kenapa aku rasa xkesahpun.. hehehehe. sebab sesekali Rian wajar diajar.. hahaha... tapi kesian gak kat Rian, sebab diakan dah xingat pape... Pastu geram gak sebab bila dia dah ingat ngengada plak xmo terima Hanif.. hahaha.. emosi plak aku... Dalam bab lain aku xlah rasa sedih sangat.. tapi bab Rian sedih bila Parent dia melebihkan Huda, adiknya sehingga ibunya terus terang membezakan mereka.. aku rasa sedih sangat.. maybe sebab tetiba rasa watak Rian cam dekat sangat ngan aku... ehmmm... So far, aku suka ngan novel ni.... :) Semoga Damya terus menghasilkan novel yang lebih berkualiti...


Mood yang Hilang

2 3 hari ni mood aku memang xmenentu... apa yang dirancang.. semua xmenjadi... nak membacapun cam malas... kalau mood tu ada 2 3 jam pun dah bleh abis baca.. tapi kalau rasa M tu datang... huh memang xsentuh langsung.. apa yg aku buat kalau M tu datang... aku dok sensorang ker.. berangan ker.. xpun ajak Che Nafis round the world.. hahahaha.....

Next week ada Pesta Buku kat Shah Alam.. terasa cam nak pegi.. saje jer.. bleh gak balik klang.. tapi macam payah gak.. sebab skrg ni memang pekerja xcukup.. nak tinggalkan dorang handle bookish mcm kesian plak.. Apa2pun.. tengok keadaan.. xmo mengharap taku xjadi... nanti kecewa.. just follow the flow... ehmmm....

Saturday, July 18, 2009

Galeri Cinta

Saturday, July 18, 2009 0


Penulis: Ainon Zaini
Penerbit: Fajar Fakeer

Cerita berkisar tentang dua saudara kembar yang mempunyai minat yang sama dalam bidang penulisan tetapi mereka mempunyai latar belakang yang berlainan. Syanen Hani, seorang gadis yang lasak, dibesarkan oleh neneknya. Terbiasa dengan kerja-kerja kampung menjadikan Syanen seorang yang keras. Ini berbeza dengan Syaza Hana, dia dibesarkan oleh ibu saudara mereka di bandar. Kehidupannya dilihat lebih moden dan beruntung jika dibandingkan dengan adiknya. Sungguhpun begitu, hubungan keduanya sangat akrab

Hana telah ditakdirkan berkahwin dengan Doktor Syazwan pada usia yang muda. Manakala Syanen tidak bersedia lagi untuk berkahwin kerana dia ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penulis. Walaubagaimanapun atas desakan neneknya, dia bersedia menerima Salman sebagai tunangannya. Janji diikat, tempoh yang diberikan dimungkiri, Salman mahu mereka dinikahkan secepat mungkin menyebabkan Syanen bertindak melarikan diri dan tinggal bersama Hana.

Hal ini tidak disenangi oleh pembantu rumah Hana, Azila kerana dia merasakan kehadiran Syanen bakal merosakkan rancangan untuk memikat Syazwan. Maka dia telah membuat agar hubungan kedua beradik itu berantakan. Usaha itu berhasil, Syanen membawa diri ke Cameron Highlands dan bekerja disana. Setelah Hana mengetahui kebenarannya dia berusaha mencari Syanen dan mereka berbaik semula. Syanen berusaha memujuk hati Salman, bekas tunangannya tetapi Salman tidak ikhlas menerimanya. Sepanjang perkahwinan mereka, Syanen telah didera mental dan fizikal sehinggalah tanpa disengajakan dia menjatuhkan talak kepada Syanen. Nasi telah menjadi bubur, menyesal kemudian tiada gunanya.. Syanen enggan rujuk semula.

Rupa-rupanya mereka bukanlah kembar yang sebenar, tetapi ada peristiwa yang menyebabkan mereka dibela oleh nenek Hana. Syanen terkejut dengan cadangan Hana untuk menyatukan Syanen dengan suaminya, Syazwan bagi membolehkan mereka menimang cahayamata. Syanen akhirnya bersetuju dengan syarat setelah dia bersalin, Syazwan mestilah menceraikannya. Manusia hanya merancang, Hana berasa cemburu dan meminta Syazwan menceraikannya. Setelah tiada jalan penyelesaian, mereka bercerai. Apa yang mengejutkan di akhir cerita, Hana berkahwin dengan Salman.


Komen aku:
Cerita yang menarik.. jln cerita yang menarik.. lain dari yang lain.. seronok.. cover yang cantik.. cuma kurang faham kenapa tajuknya galeri cinta hehehehehe.... Mula-mula aku baca buku ni, aku beranggapan akhirnya mesti Syanen dengan Salman.. dan Hana dengan Syazwan.. tetapi jangkaanku meleset sama sekali... kejutan yg menarik.. sbb kebiasaannya endingnya boleh diteka tapi kali ni memang mengejutkan.. Apapun.. buku yang patut dimiliki sekiranya inginkan kelainan.. Tidak mengecewakan...



MahaKarya Cinta

Penulis : Ebriza Aminuddin

Penerbit: Fajar Fakeer


Kisah mengenai dua sahabat, Zanzilawatie Izzrunie dan Zuraizee yang dibesarkan di Rumah Anak-anak Yatim Musyawarah. Mereka telah berjanji untuk saling mendukung diantara satu sama lain seperti adik beradik. Maka sejak dari itu, mereka telah mengiktiraf diri mereka adik beradik walaupun ramai yang mempertikaikan iras wajah mereka.. Izzrunie mempunyai kulit yang gelap manakala Zuraizee berkulit putih cerah..

Ditakdirkan mereka belajar dan bekerja ditempat yang sama maka mereka menjadi sukar untuk dipisahkan.. Tapi masing-masing mengakui bahawa hubungan itu tidak melebihi hubungan adik beradik.. Kehadiran Wizana mengucar ngacirkan hubungan mereka.. tetapi Izrunnie banyak mengalah demi kebahagiaan Zuraizee..Dikala hubungan mereka hampir genting, Zuraizee disahkan mengidap penyakit jantung dan hati.. Peluang untuk hidup adalah sangat tipis melainkan jika ada penderma yang sudi mendermakan organ tersebut. Izzrunie setia menemani abangnya, walaupun dikala itu dia bakal bertunang dengan Muaimin.

Rupa-rupanya, Izzrunie bijak menyimpan rahsia, dia mengidap kanser otak di tahap yang serius. Seperti mengetahui dirinya bakal mengadap Ilahi, Izzrunie berkorban dengan menderma hati dan jantung kepada Zuraizee tanpa pengetahuan semua. Selain itu, dia meninggalkan pelbagai wasiat kepada rakan-rakan dan orang sekeliling yang dia sayangi. Maka tercapailah sudah impian mereka untuk terus bersatu walaupun salah seorang dari mereka terpaksa berkorban. Di akhir cerita barulah semua mengetahui bahawa Izzrunie mencintai Zuraizee lebih dari seorang abang, tetapi dia bijak merahsiakannya dengan perlakuannya yang gila-gila..

Komen Aku:

Sebelum aku memberi pandangan tentang novel ini, aku ingin meminta maaf terlebih dahulu...Tidak aku nafikan, Ebriza mempunyai idea yang bagus dalam penulisan novel ini.. aku tertarik dengan sinopsisnya.. selain dari itu, novelnya yang tebal juga menarik minatku untuk membacanya.. Tetapi sayang, aku tidak berapa berminat dengan bahasa yang digunakan.. Jalan ceritanya agak kuat dan menarik.. tetapi disebabkan bahasa yang digunakan adalah bahasa remaja sekarang.. menyebabkan aku beberapa kali menyambung pembacaan.. Sebagai pembaca, aku suka kepada bahasa yang indah dan menarik.. tetapi tidaklah sehingga berbunga-bunga... sesungguhnya bahasa Melayu itu indah.. Mungkin penulis boleh memperbaiki penulisannya dan aku sangat-sangat berharap bahasa yang digunakan lebih halus.. Maaf kalau komen ini, menyebabkan ada hati yang terguris..

Friday, July 17, 2009

Teluki Itu Untuk Aku

Friday, July 17, 2009 0
Penulis : Nazawati
Penerbit: Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan yang hancur disebabkan peristiwa tragis yang berlaku 10 tahun dulu. Persahabatan diantara Firdaus, Seri Kurnia dan Ajmal diuji apabila berlaku peristiwa mengaibkan diantara ibu Seri, Seri dan bapa Firdaus. Keadaan menjadi semakin buruk apabila ibu Firdaus meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung. Sebelum kebenaran dapat dirungkai, Seri dan ibunya telah dijatuhkan hukuman oleh Firdaus dan juga ayah Seri.

Seri membawa diri ke London sebelum kembali ke Malaysia 10 tahun kemudian.. Selama pelariannya itu, hanya Ajmal sahaja yg terus setia menyokongnya. Walaupun peristiwa itu telah sedekad berlalu, Seri masih tidak dapat melupakan kata2 nista makian Firdaus terhadapnya.

Sekembali dia ke Malaysia, Ajmal banyak membantunya dari segi tempat tinggal dan juga pekerjaan. Tanpa disangka dia rupa2nya akan bertemu mata dgn Firdaus dikala hatinya belum benar2 bersedia utk menghadapinya.. Seri dan Firdaus bagaikan seteru, tidak boleh bertemu pandang tetapi atas dasar professional mereka digandingkan walaupun masing2 ego.

Segala-galanya menjadi semakin buruk apabila tanpa disangka mereka ditangkap basah dan demi menyelamatkan maruah syarikat mereka mereka dipujuk untuk berkahwin. Perkahwinan ini tiada ertinya bagi mereka, pada dasarnya mereka membenci sesama sendiri tetapi dalam masa yang sama mereka tidak dapat lari dari kenyataan bahawa mereka tertarik sesama sendiri. Namun ego membataskan segalanya..

Dendam itu semakin pudar, ia berganti dengan kasih sayang yg bertaut kembali. tetapi ada yang tidak senang dengan perkembangan itu. Ajmal merasakan Seri miliknya. Maka berlaku pertelingkahan yang hampir meragut nyawa Firdaus. Peristiwa 10 tahun lalu berulang kembali. Sebenarnya, bapa Ajmallah yang punya angkara, disebabkan cinta yang terbit kepada ibu Seri, dia sanggup memperjudikan persahabatan 3 keluarga.

Komen Aku:

Ini merupakan buku Nazawati yang pertama pernah aku baca. Bagi aku, ceritanya simple tetapi menarik.. Sebenarnya aku membeli buku ini disebabkan tajuknya yg unik.. Aku ambik masa 1jam setengah untuk habiskan baca buku ni sebab xsabar nak tau endingnya.. Ada bahagian -bahagian yang membuatkan aku menangis kesedihan dan ada juga bahagian yang membuatkan aku tersenyum sendirian. Apa yang pasti, Nazawati berjaya menjadikan 'Teluki untuk Aku' ni seperti rojak buah.. :)

Friday, July 10, 2009

Yang Tak Terluah

Friday, July 10, 2009 0
Penulis: Puteri Andalas
Penerbit: Kaki Novel Enterprise

Menyelusuri kisah Manisah yang malang.. pelbagai dugaan yang dihadapinya sebelum menemui bahagia yang dicarinya.. Kematian ibu dan suaminya Mahdi, yang cacat tetapi terpaksa dikahwini demi tempat perlindungan membuka lembaran baru dalam hidup Manisah setelah dia berusaha menjejaki keluarga ayahnya melalui sepucuk surat..

Manisah bernasib baik kerana perjalanannya dipermudahkan, bertemu dgn mereka yang berhati mulia kecuali ayah saudaranya, Azizul yang berhati binatang dan akhirnya mati lemas..tapi telah tersurat bahawa kehidupannya akan berubah. Di Kg Setialah dia mengetahui kehidupan dan keperitan ibunya..Bertemu dengan Cikgu Senah membuatkannya berasa hidupnya lebih bererti.. tapi sekali lagi dia terperangkap dengan jodoh yang diaturkan untuknya..Dia dijodohkan dengan Anang, cucu kepada Cikgu Senah bagi mengeratkan hubungan yang baru bertaut. Anang rela menggantikan tempat abang tirinya, Jimi Johan bagi menyelamatkan nyawa ibunya apabila Jimi menawarkan sejumlah wang yang banyak atas pengorbanan itu..

Manisah merasakan Anang tidak menerimanya sepenuh hati kerana sikap Anang yang tidak mesra dan acuh tak acuh.. tetapi selepas ijab dan kabul disempurnakan barulah Manisah mengetahui bahawa Anang memang diutuskan untuknya...

Komen aku:
Cerita ini simple dan mudah difahami.. kisah mengenai kasih sayang dan kekeluargaan ini memang sinonim dengan Puteri Andalas.. Cerita2 sebegini memang sudah menjadi makanan beliau kerana ia agak klise... Sebenarnya aku menantikan sesuatu yang lain dari Puteri Andalas.. Bagi aku watak Anang agak misteri tetapi aku suka.. cuma aku agak keliru mengenai keluarga ayah Manisah, seperti ada yang tergantung disitu..namun keseluruhan cerita ini menghiburkan..


Wednesday, July 8, 2009

Hanya Dia Tahu

Wednesday, July 8, 2009 0
Penulis : Aleya Aneesa
Penerbit : Alaf 21
Kisah persahabatan antara Shuhadah dan Ariana yang teruji dengan pelbagai dugaan.. Ariana yang terlalu sayangkan persahabatan mereka serta menyanjungi keperibadian Shuhadah berhasrat untuk menjodohkan abangnya Zaen dengan Shuha.. tetapi Zaen bukan sahaja menolak tetapi sanggup menghina Shuha dengan kata2 yang angkuh sebelum melihat Shuha..Tetapi pada pertemuan pertama, Zaen benar2 jatuh cinta dengan seraut wajah manis kawan Aria tanpa mengetahui itulah gadis yang pernah dihina.. Sejak detik itu, Zaen mengejar Shuha tanpa jemu walaupun Shuha terang2an menolak dirinya.. Pelbagai usaha dilakukan walaupun terpaksa mengaibkan Shuha semata2 untuk membolehkan dirinya berkahwin dengan Shuha.
Dalam masa yang sama, Aria telah menjalinkan hubungan dengan Rezuan, rakan mereka sewaktu di universiti lagi.. Padahal Rezuan hanya mempergunakan Aria bagi membolehkannya menjalinkan hubungan dengan Shuha. Rezuan telah melamar Shuha dan Shuha menerimanya tanpa mengetahui bahawa Aria telah dipermainkan oleh Rezuan. Aria sanggup mengundurkan diri untuk kebahagian Shuha, tetapi yang paling kecewa adalah Zaen kerana dia benar2 telah jatuh cinta dengan Shuha.
Dihari pernikahan Shuha, Aria berlepas ke luar negara atas alasan dia tidak sanggup melihat rezuan yang dicintai menikahi Shuha dan dia tidak sanggup melihat gadis sebaik Shuha mengahwini Rezuan, lelaki hipokrit itu tanpa mengetahui bahawa apa yang dibuat itu bakal mengecewakan Shuha. Tetapi sebelum sempat mereka dinikahkan, Shuha mengetahui kebenarannya.
Sejak itu, hidup Shuha dilimpahi dengan linangan airmata mengenangkan kekesalan hatinya dengan apa yang berlaku. Zaen yang tidak mengetahui bahawa Rezuan dan Shuha tidak bersatu hanya mengintai Shuha dari jauh.. Tapi last2 dia tahu yang sebenarnya Si Shuha belum kawin...
Perancangan kedua orang tua Zaen dan Shuha menyatukan mereka berdua.. dalam diam Shuha mengakui cintanya hanya untuk Zaen.. Suami yang dijodohkan untuknya... Hubungan Shuha dan Ariana juga pulih setelah masing2 berbincang dari hati ke hati..
Komen Aku:
Aku suka sangat dengan watak Zaen, Ariana dan juga Shuha.. tapi tu normalkan.. watak yang baik memanglah orang suka.. Zaen bagi aku seorang lelaki yang ego tapi akhirnya tersungkur dengan kecomelan dan juga sikap Shuha.. Tau x siapa yang aku bayangkan sebagai Shuha dalam citer ni? sebenarnya aku bayangkan penulis cerita ni.. First time tau xmeletakkan diri sebagai watak utama hehehehee.. tapi aku plak jadi pengarahnya hahahahaa.. kenapa ntah kali ni rasa watak Shuha tu cam sesuai je ngan Aleeya Aneesa mungkin sebab muka dia sweet... dan tetiba nape plaklah si Ariana tu aku terbayang muka Rita Rudaini citer 'Cinta Gila' dahlah nama dia Ariana gak.. pastu perangai dia pun gila2 cam Aria.. macam2lah aku ni.. tapi serius.. citer ni besh dan anda xrugi membeli... Selamat membeli dan membaca... Adioss!!!

Tuesday, July 7, 2009

Serasi Di Hati

Tuesday, July 7, 2009 0
Penulis: Rose Harissa a.k.a Nora Ismail
Penerbit: NB Kara

Gaya penulisan Rose Harissa memang tidak pernah berubah.. walaupun berlainan Terbitan dan juga nama.. Saya memang tidak pernah menyangka bahawa Nora Ismail dan Rose Harissa adalah orang yang sama.. tetapi gaya penulisannya memang sama.. Aku memang suka dengan gaya penulisannya yang bersahaja tetapi mampu memikat dan meninggalkan kesan di hati pembaca..

Serasi Di Hati adalah Novel pertama Nora bersama NB Kara. Cerita yang berkisar tentang Edrinaz dan Zarul yang bertemu di laman sembang akhirnya mengakui bahawa mereka memang serasi.. Zarul seorang pemuda yang tampan, menjadi gigolo atas desakan hidup dan nafsu.. Terperangkap dengan helah Datin Zalina Asha menjerumuskan Zarul ke dunia yang hitam..Sampai satu saat, Zarul mula bosan dengan kehidupannya. Pertemuan dengan Che Kesom di lambang sembang menyebabkan Zarul mula berminat untuk mengenali wanita itu dengan lebih rapat.. Edrinaz adalah seorang isteri yang tabah dan gigih mengusahakan perniagaan hiasan dalaman bersama rakannya. Walaupun sudah berkahwin tetapi hidupnya bagaikan kosong apabila suaminya tidak menghargai dirinya selain daripada mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang juga isteri orang..

Semakin lama hubungan Zarul dan Edrinaz menjadi rapat dan walaupun semakin mereka menjauhkan diri, mereka tidak boleh menolak bahawa keserasian wujud antara mereka... Setelah melalui pelbagai rintangan.. Edrinaz dan Zarul akhirnya berkahwin..



Komen Aku:

Buku Epal Hijau ni memang menarik.. Pada mulanya aku xsangka bahawa buku ini adalah hasil karya Rose Harissa.. tetapi pabila telah membacanya baru aku caya.. Aku kagum dengan daya imaginasi che rose ni.. walaupun apa sahaja genre yang dikupas.. garapannya kemas dan simple.. tetapi menarik.. Dia memang seorang yang berbakat..

Edrinaz adalah wanita dambaan lelaki tetapi dia tidak dipedulikan oleh suaminya sendiri.. Walaupun Edrinaz nampak tabah dan gigih tetapi jiwa raganya menderita.. Sepatutnya buku ini dibaca oleh para suami hahahhaaa.. kenapa saya cakap begitu????? sebab kalau suami tu xmenghargai isteri.. nanti ada orang yang akan kebas isterinya.. hahahahhahaaa... baru dia tau... tapi dalam citer ni aku xmolah letak diri sebagai watak utama.. sebab aku xmo jadi isteri yang xdipedulikan suami.. hehehehee... walaupun camtu.. disebabkan aku membacanya di suasana malam yang hening.. sewaktu menidurkan fathiyyah.. so airmata aku berjurai2.. ntah camne ntah.. padahal.. citenya xdelah sedih.. tapi aku seperti memahami penderitaan Edrinaz... Korang memang xrugi baca dan beli buku ni... baca banyak2 kalipun tetap besh.. sebab aku dah baca 2x still menitis air mata.. hahaha cengeng tul aku... :p

Enjoy Yourself...



 
◄Design by Pocket