Saturday, July 18, 2009

Galeri Cinta

Saturday, July 18, 2009


Penulis: Ainon Zaini
Penerbit: Fajar Fakeer

Cerita berkisar tentang dua saudara kembar yang mempunyai minat yang sama dalam bidang penulisan tetapi mereka mempunyai latar belakang yang berlainan. Syanen Hani, seorang gadis yang lasak, dibesarkan oleh neneknya. Terbiasa dengan kerja-kerja kampung menjadikan Syanen seorang yang keras. Ini berbeza dengan Syaza Hana, dia dibesarkan oleh ibu saudara mereka di bandar. Kehidupannya dilihat lebih moden dan beruntung jika dibandingkan dengan adiknya. Sungguhpun begitu, hubungan keduanya sangat akrab

Hana telah ditakdirkan berkahwin dengan Doktor Syazwan pada usia yang muda. Manakala Syanen tidak bersedia lagi untuk berkahwin kerana dia ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penulis. Walaubagaimanapun atas desakan neneknya, dia bersedia menerima Salman sebagai tunangannya. Janji diikat, tempoh yang diberikan dimungkiri, Salman mahu mereka dinikahkan secepat mungkin menyebabkan Syanen bertindak melarikan diri dan tinggal bersama Hana.

Hal ini tidak disenangi oleh pembantu rumah Hana, Azila kerana dia merasakan kehadiran Syanen bakal merosakkan rancangan untuk memikat Syazwan. Maka dia telah membuat agar hubungan kedua beradik itu berantakan. Usaha itu berhasil, Syanen membawa diri ke Cameron Highlands dan bekerja disana. Setelah Hana mengetahui kebenarannya dia berusaha mencari Syanen dan mereka berbaik semula. Syanen berusaha memujuk hati Salman, bekas tunangannya tetapi Salman tidak ikhlas menerimanya. Sepanjang perkahwinan mereka, Syanen telah didera mental dan fizikal sehinggalah tanpa disengajakan dia menjatuhkan talak kepada Syanen. Nasi telah menjadi bubur, menyesal kemudian tiada gunanya.. Syanen enggan rujuk semula.

Rupa-rupanya mereka bukanlah kembar yang sebenar, tetapi ada peristiwa yang menyebabkan mereka dibela oleh nenek Hana. Syanen terkejut dengan cadangan Hana untuk menyatukan Syanen dengan suaminya, Syazwan bagi membolehkan mereka menimang cahayamata. Syanen akhirnya bersetuju dengan syarat setelah dia bersalin, Syazwan mestilah menceraikannya. Manusia hanya merancang, Hana berasa cemburu dan meminta Syazwan menceraikannya. Setelah tiada jalan penyelesaian, mereka bercerai. Apa yang mengejutkan di akhir cerita, Hana berkahwin dengan Salman.


Komen aku:
Cerita yang menarik.. jln cerita yang menarik.. lain dari yang lain.. seronok.. cover yang cantik.. cuma kurang faham kenapa tajuknya galeri cinta hehehehehe.... Mula-mula aku baca buku ni, aku beranggapan akhirnya mesti Syanen dengan Salman.. dan Hana dengan Syazwan.. tetapi jangkaanku meleset sama sekali... kejutan yg menarik.. sbb kebiasaannya endingnya boleh diteka tapi kali ni memang mengejutkan.. Apapun.. buku yang patut dimiliki sekiranya inginkan kelainan.. Tidak mengecewakan...



0 comments:

 
◄Design by Pocket