Penerbit: Jemari Seni Publishing
Kisah persahabatan yang hancur disebabkan peristiwa tragis yang berlaku 10 tahun dulu. Persahabatan diantara Firdaus, Seri Kurnia dan Ajmal diuji apabila berlaku peristiwa mengaibkan diantara ibu Seri, Seri dan bapa Firdaus. Keadaan menjadi semakin buruk apabila ibu Firdaus meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung. Sebelum kebenaran dapat dirungkai, Seri dan ibunya telah dijatuhkan hukuman oleh Firdaus dan juga ayah Seri.
Seri membawa diri ke London sebelum kembali ke Malaysia 10 tahun kemudian.. Selama pelariannya itu, hanya Ajmal sahaja yg terus setia menyokongnya. Walaupun peristiwa itu telah sedekad berlalu, Seri masih tidak dapat melupakan kata2 nista makian Firdaus terhadapnya.
Sekembali dia ke Malaysia, Ajmal banyak membantunya dari segi tempat tinggal dan juga pekerjaan. Tanpa disangka dia rupa2nya akan bertemu mata dgn Firdaus dikala hatinya belum benar2 bersedia utk menghadapinya.. Seri dan Firdaus bagaikan seteru, tidak boleh bertemu pandang tetapi atas dasar professional mereka digandingkan walaupun masing2 ego.
Segala-galanya menjadi semakin buruk apabila tanpa disangka mereka ditangkap basah dan demi menyelamatkan maruah syarikat mereka mereka dipujuk untuk berkahwin. Perkahwinan ini tiada ertinya bagi mereka, pada dasarnya mereka membenci sesama sendiri tetapi dalam masa yang sama mereka tidak dapat lari dari kenyataan bahawa mereka tertarik sesama sendiri. Namun ego membataskan segalanya..
Dendam itu semakin pudar, ia berganti dengan kasih sayang yg bertaut kembali. tetapi ada yang tidak senang dengan perkembangan itu. Ajmal merasakan Seri miliknya. Maka berlaku pertelingkahan yang hampir meragut nyawa Firdaus. Peristiwa 10 tahun lalu berulang kembali. Sebenarnya, bapa Ajmallah yang punya angkara, disebabkan cinta yang terbit kepada ibu Seri, dia sanggup memperjudikan persahabatan 3 keluarga.
Komen Aku:
Ini merupakan buku Nazawati yang pertama pernah aku baca. Bagi aku, ceritanya simple tetapi menarik.. Sebenarnya aku membeli buku ini disebabkan tajuknya yg unik.. Aku ambik masa 1jam setengah untuk habiskan baca buku ni sebab xsabar nak tau endingnya.. Ada bahagian -bahagian yang membuatkan aku menangis kesedihan dan ada juga bahagian yang membuatkan aku tersenyum sendirian. Apa yang pasti, Nazawati berjaya menjadikan 'Teluki untuk Aku' ni seperti rojak buah.. :)
0 comments:
Post a Comment