Saturday, July 18, 2009

MahaKarya Cinta

Saturday, July 18, 2009
Penulis : Ebriza Aminuddin

Penerbit: Fajar Fakeer


Kisah mengenai dua sahabat, Zanzilawatie Izzrunie dan Zuraizee yang dibesarkan di Rumah Anak-anak Yatim Musyawarah. Mereka telah berjanji untuk saling mendukung diantara satu sama lain seperti adik beradik. Maka sejak dari itu, mereka telah mengiktiraf diri mereka adik beradik walaupun ramai yang mempertikaikan iras wajah mereka.. Izzrunie mempunyai kulit yang gelap manakala Zuraizee berkulit putih cerah..

Ditakdirkan mereka belajar dan bekerja ditempat yang sama maka mereka menjadi sukar untuk dipisahkan.. Tapi masing-masing mengakui bahawa hubungan itu tidak melebihi hubungan adik beradik.. Kehadiran Wizana mengucar ngacirkan hubungan mereka.. tetapi Izrunnie banyak mengalah demi kebahagiaan Zuraizee..Dikala hubungan mereka hampir genting, Zuraizee disahkan mengidap penyakit jantung dan hati.. Peluang untuk hidup adalah sangat tipis melainkan jika ada penderma yang sudi mendermakan organ tersebut. Izzrunie setia menemani abangnya, walaupun dikala itu dia bakal bertunang dengan Muaimin.

Rupa-rupanya, Izzrunie bijak menyimpan rahsia, dia mengidap kanser otak di tahap yang serius. Seperti mengetahui dirinya bakal mengadap Ilahi, Izzrunie berkorban dengan menderma hati dan jantung kepada Zuraizee tanpa pengetahuan semua. Selain itu, dia meninggalkan pelbagai wasiat kepada rakan-rakan dan orang sekeliling yang dia sayangi. Maka tercapailah sudah impian mereka untuk terus bersatu walaupun salah seorang dari mereka terpaksa berkorban. Di akhir cerita barulah semua mengetahui bahawa Izzrunie mencintai Zuraizee lebih dari seorang abang, tetapi dia bijak merahsiakannya dengan perlakuannya yang gila-gila..

Komen Aku:

Sebelum aku memberi pandangan tentang novel ini, aku ingin meminta maaf terlebih dahulu...Tidak aku nafikan, Ebriza mempunyai idea yang bagus dalam penulisan novel ini.. aku tertarik dengan sinopsisnya.. selain dari itu, novelnya yang tebal juga menarik minatku untuk membacanya.. Tetapi sayang, aku tidak berapa berminat dengan bahasa yang digunakan.. Jalan ceritanya agak kuat dan menarik.. tetapi disebabkan bahasa yang digunakan adalah bahasa remaja sekarang.. menyebabkan aku beberapa kali menyambung pembacaan.. Sebagai pembaca, aku suka kepada bahasa yang indah dan menarik.. tetapi tidaklah sehingga berbunga-bunga... sesungguhnya bahasa Melayu itu indah.. Mungkin penulis boleh memperbaiki penulisannya dan aku sangat-sangat berharap bahasa yang digunakan lebih halus.. Maaf kalau komen ini, menyebabkan ada hati yang terguris..

0 comments:

 
◄Design by Pocket